Duit online

Thursday, February 17, 2011

Syabas sues S'gor MB Khalid and PJ Utara MP Pua (Updated)

Published: Tuesday February 15, 2011 MYT 2:55:00 PM
Updated: Tuesday February 15, 2011 MYT 6:12:41 PM

By WANI MUTHIAH

SHAH ALAM: Water distribution concessionaire Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) has filed defamation suits against Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and Petaling Jaya Utara MP Tony Pua.
They were served the writ of summons on Feb 11 and the case was heard at the Kuala Lumpur High court Monday, when both were given a month to enter their defence.
Khalid told a press conference Tuesday that he was being sued for the state's criticism of the Syabas Budi Fund.
Under the fund, Syabas collects money from Selangor residents who are willing to relinquish the 20 cu m of free water, valued at RM11.40, provided by the state government.
Syabas, which claims that about RM350,000 has been collected to-date, says it uses the money to help those with no acess to proper water supply in the state.
Khalid had said the fund violated the concessionaire's agreement as it resulted in Syabas receiving double payments, as the state was already paying the concessionaire for the free water supplied to Selangor residents.
Pua, who was also at the press conference, said he was being sued for merely stating in an article in a Chinese daily that if water concessionaire companies could not settle their debts, they should return the rights to manage the state's water to Selangor.
Khalid said the defence for him and Pua was already underway.
"Our lawyers have been instructed to prepare our defence. I will be represented by Edmund Bon while YB Tony Pua has appointed Gobind Singh Deo," said Khalid.
Meanwhile, Klang MP Charles Santiago said Syabas had sent him a letter of demand on Jan 13.
"They sent me the letter of demand over my statement in a Chinese daily that the company was making too much money from water disconnections," said Santiago.
He said he had alleged that Syabas had made about RM 50mil since 2005 from water disconnections.
However, there was no follow-up on the letter of demand by Syabas, said Santiago.
Both Santiago and Pua are on the Selangor water panel, which was set up to facilitate the state taking over its water industry from Syabas, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) and Konsortium Abass.

NEWS RESOURCES

 

Wednesday, February 16, 2011

Malaysia teliti standard program perubatan universiti luar

15/02/2011 6:39pm

KOTA KINABALU 15 Feb. - Kerajaan akan menghantar sepasukan pegawai ke beberapa universiti luar yang menyediakan program perubatan kepada pelajar negara ini bagi meninjau dan meneliti ‘standard’ kursus yang ditawarkan.
Mengumumkan demikian, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu bertujuan menghapus keraguan tentang kualiti dan kemahiran doktor pelatih lulusan universiti luar negara yang bakal berkhidmat di sini.
Beliau berkata, pasukan itu terdiri daripada wakil kementerian, penaja pelajar dan Majlis Perubatan Malaysia akan menyemak secara menyeluruh program perubatan yang ditawarkan termasuk soal standard program, pensyarah, kemudahan infrastruktur dan kemudahan pendedahan kepada pesakit.
Mohamed Khaled bercakap kepada pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah projek perumahan penduduk tempatan Kampung Lokub di kawasan kampus UiTM Sabah di Menggatal, dekat sini. - Bernama

SUMBER BERITA

Tuesday, February 15, 2011

Polis teliti laporan My Balik Pulau - KP


15/02/2011 4:28pm

BUTTERWORTH 15 Feb. – Polis akan meneliti daripada semua aspek sebelum memulakan siasatan terhadap laporan yang dibuat berhubung pengedaran risalah My Balik Pulau.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis perlu meneliti maklumat dan fakta yang menyeluruh mengenai pengedaran risalah terbabit sebelum membuat tindakan susulan.
“Kita juga belum menentukan akta yang sesuai untuk menyiasat laporan terbabit sama ada menggunakan Akta Hasutan atau akta-akta lain,” katanya. - Utusan.

SUMBER BERITA

Monday, February 14, 2011

Kegiatan perjudian, pelacuran ada di Kelantan – Nik Aziz

14/02/2011 10:04pm

KOTA BHARU 14 Feb. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.
Nik Abdul Aziz juga berkata, wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.
Mursyidul Am Pas itu telah ditanya mengapa masih terdapat kegiatan perjudian nombor ekor dan pelacuran di negeri ini walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan lesen premis berkenaan selepas mengambil alih negeri ini pada 1990.
“Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan 24 wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.
Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam.
Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz mahu pihak penguatkuasa di negeri ini meningkatkan langkah membanteras kegiatan haram itu. – Bernama

SUMBER BERITA

Sunday, February 13, 2011

Kedutaan Malaysia terus pantau keadaan di Mesir

12/02/2011 7:23pm

KUALA LUMPUR 12 Feb — Kedutaan Malaysia di Kaherah akan terus memantau keadaan di Mesir biarpun Presiden Hosni Mubarak telah mengumumkan untuk meletak jawatan semalam.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata sehingga hari ini seramai 1,584 rakyat Malaysia masih menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air dari Jeddah.
Kementerian Luar memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir berada dalam keadaan selamat dan menjangkakan proses membawa pulang kumpulan terakhir seramai 574 orang akan berakhir Isnin depan. — Bernama

SUMBER BERITA

Saturday, February 12, 2011

SPRM tunggu laporan Tony Pua berkaitan kapal tempur

11/02/2011 8:26pm

PUTRAJAYA, 11 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu laporan daripada Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung dakwaannya bahawa kerajaan berbelanja lebih dalam pembelian enam buah Kapal Tempur Pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS).
Dalam satu portal berita tempatan baru-baru ini, Pua dilaporkan mendakwa kerajaan berbelanja 870 peratus lebih mahal daripada kos yang dikeluarkan oleh negara lain dengan meluluskan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam buah LCS itu.
"Kami memerlukan fakta yang terang dan asas bagi melakukan sesuatu siasatan ke atas apa saja dakwaan termasuk daripada Tony Pua,” kata satu sumber SPRM kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, SPRM mengalu-alukan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tampil memberi fakta dan asas-asas dakwaan yang dibuat supaya SPRM dapat menjalankan siasatan menjurus kepada dakwaan dengan jelas.
"SPRM tidak boleh membuat siasatan atas dakwaan yang liar dan tidak ada asas,” kata sumber itu, dan menambah kata dakwaan yang tidak jelas hanya akan menjadi ‘tohmahan’ semata-mata.
"Janganlah biarkan kami (SPRM) seperti tercari-cari sebatang jarum di atas padang rumput yang luas,” katanya.
Sumber itu berkata, sekiranya Pua tidak tampil, SPRM akan cuba menghubungi wakil rakyat DAP itu bagi mendapatkan fakta sahih untuk membuka kertas siasatan.
"Untuk mendapatkan fakta dan lihat ada asas untuk lakukan sesuatu siasatan, SPRM akan cuba menghubungi YB Pua sekiranya beliau tidak tampil,” katanya. - Bernama

SUMBER BERITA

Friday, February 11, 2011

Hosni Mubarak letak jawatan, serah kuasa kepada tentera

12/02/2011 12:07am

KAHERAH 11 Feb - Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan itu menurut Naib Presiden, Omar Suleiman.
Mubarak kini dikatakan lari ke Sharm el-Sheikh.
Menurut laporan AFP, Mubarak juga telah menyerahkan kuasa kepada tentera. - AFP

SUMBER BERITA

Wednesday, January 26, 2011

Sidang DUN gagal


SEBAHAGIAN daripada lebih 1,000 anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan (NG0) berarak secara aman dari Dataran Shah Alam ke Bangunan SUK Selangor untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap usaha pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam. Antara NGO yang terlibat termasuklah Perkasa dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor.


SHAH ALAM 24 Jan. – Seperti dijangka, pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang dicadang oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor gagal diluluskan setelah tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Dalam sesi pengundian secara belah bahagian kira-kira pukul 6.15 petang ini, pindaan tersebut hanya disokong oleh 34 penyokong kerajaan manakala 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sepakat menolak pindaan tersebut.
Sementara itu, Badrul Hisham Abdullah yang mewakili Bebas dihalang menghadiri sidang itu setelah kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandangnya diisytiharkan kosong, Isnin lalu.
Kerajaan negeri gagal mendapat empat undi bagi mendapat majoriti dua pertiga kerana mereka sekurang-kurangnya perlu memperoleh sokongan 38 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.
Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim ketika mengumumkan keputusan undian tersebut berkata, meskipun pindaan tersebut lebih suara yang bersetuju, ia tidak dapat diluluskan bagi bacaan kedua dan seterusnya.
Katanya, perkara itu diputuskan berdasarkan Perkara 98, Fasal 5 (Bahagian 2) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui usul pindaan perlembagaan negeri untuk membolehkan beliau memperolehi ‘kuasa menasihati’ Sultan Selangor tidak dapat dilaksanakan dari awal lagi.
Ini kerana katanya, kerajaan negeri menyedari pihaknya tidak mempunyai majoriti dua pertiga kerusi DUN untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, beliau berharap cadangan pindaan untuk memberi kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu dapat dibangkitkan semula selepas pilihan raya umum akan datang.
‘‘Walaupun kita tidak berjaya hari ini, ia tidak akan mematahkan semangat pakatan pembangkang.
‘‘Kami berpendirian bahawa Sultan Selangor dan kerajaan negeri berhak memainkan peranan dalam pemilihan tiga pegawai eksekutif bagi memastikan dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.
Pindaan yang dibentangkan di bawah Peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri kepada negeri dengan sultan perlu mendapatkan nasihatkan Menteri Besar.
Dalam pada itu, ketika ditanya bilakah kerajaan negeri akan membenarkan Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Exco kerajaan negeri.
Bagaimanapun, beliau tidak memutuskan bilakah tempoh sebenar perbincangan itu akan diadakan sebaliknya ia bergantung kepada keadaan semasa.
Pada sidang akhbar yang sama, Abdul Khalid yang tidak dapat menerima hakikat kegagalannya untuk meluluskan pindaan tersebut meletakkan kesalahan ke atas BN kerana tidak menyokong usaha kerajaan negeri itu.
‘‘Lebih kesal lagi, BN gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan itu.
‘‘Jelas penolakan itu dibuat di atas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa di Putrajaya.
‘‘Sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlu berdasarkan kepentingan rakyat,” katanya.
Malah seperti dijangka sebelum ini, Abdul Khalid menuduh bahawa penolakan BN terhadap pindaan itu membuktikan UMNO sebenarnya tidak menghormati Raja-Raja Melayu dan menghalang peranan mereka dalam institusi Raja Berperlembagaan.
‘‘Walaupun kita mungkin tidak berjaya membuat pindaan, ia tidak akan mematahkan semangat pakatan pembangkang.
‘‘Malah, isu ini telah menguatkan lagi tekad untuk membuktikan kewibawaan kami dan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kelak supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula,” katanya.
Abdul Khalid berkata, pihaknya masih mempunyai pendirian bahawa Sultan Selangor dan kerajaan negeri berhak untuk memainkan peranan dalam pemilihan tiga pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.
‘‘Walaupun pihak Persekutuan nampaknya terus mengetepikan suara rakyat Selangor dan enggan menghormati semangat federalisme, kerajaan negeri akan berusaha memastikan pentadbiran negeri akan terus berjalan dengan baik dan selancar mungkin demi kebajikan rakyat negeri ini,” katanya.
Terdahulu perbahasan pindaan tersebut disertai oleh empat wakil BN dengan dimulai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman dan enam wakil pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.
Turut serta berbahas ialah Sulaiman Abd. Razak (BN-Permatang); Datuk Mohd. Samssudin Lias (BN- Sungai Burung) dan Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang).
Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) pula tampil sebagai wakil penyokong yang pertama bangkit berbahas menyokong pindaan rang undang-undang itu.

SUMBER BERITA

Tuesday, January 25, 2011

Laporan siasatan insiden pesawat AirAsia siap Mei ini

25/01/2011 9:37pm

KUCHING 25 Jan. – Laporan siasatan insiden pesawat AirAsia tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 10 Jan lepas dijangka siap Mei ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memerlukan tempoh yang lama untuk menjalankan siasatan bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang.
"Kita menjangka akan mendapat laporan lengkap siasatan pada 14 Mei nanti,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat tertutup perkembangan terkini projek menaik taraf LTAK, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.
Kejadian itu menyebabkan LTAK ditutup selama 23 jam dan menjejaskan 110 penerbangan. – Bernama

SUMBER BERITA

Sunday, January 23, 2011

Kerajaan tak pernah persoal kesetiaan guru - TPM


22/01/2011 6:15pm

PAGOH, 22 Jan. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini kepada kerajaan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bagaimanapun guru sebagai seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutamanya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.
"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan.
"Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,” katanya. - Bernama

SUMBER BERITA

Saturday, January 22, 2011

Chong Wei mudah ke akhir Terbuka Malaysia

22/01/2011 6:18pm

KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir apabila mudah menewaskan pemain muda China, Chen Long dengan keputusan straight set 21-9, 21-9 pada perlawanan separuh akhir Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil di sini. - Utusan

SUMBER BERITA

Wednesday, January 19, 2011

Fairuz Fauzy diumum jadi pemandu ketiga F1 Lotus Renault GP

18/01/2011 11:38pm

LONDON 18 Jan. - Fairuz Fauzy hari ini diumumkan sebagai pemandu ketiga bagi pasukan F1 Lotus Renault GP.
Pengumuman dibuat oleh Prinsipal pasukan itu, Eric Boullier di sini sebentar tadi.
Boullier berkata, kontrak Fairuz bersama pasukan itu adalah selama setahun dan Fairuz akan dibentuk untuk menjadi pemandu F1 dalam tempoh tersebut.
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia yang mengadakan lawatan ke ibu pejabat pasukan itu, di sini.
Sementara itu, Fairuz berkata, inilah peluang baginya untuk mengembangkan karier dalam F1 memandangkan Lotus Renault merupakan antara pasukan terbaik sehingga kini dan dua kali muncul juara dunia. - Utusan

SUMBER BERITA

Tuesday, January 18, 2011

Anwar, Karpal amal politik tidak sihat - Anuar Shaari

18/01/2011 9:08pm

KUALA LUMPUR 18 Jan — Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan Pengerusi Dap, Karpal Singh mengamalkan politik tidak sihat.
Dia mendakwa, Anwar menggunakan politik sebegitu untuk melepaskan diri daripada kes liwat yang dihadapinya.
Manakala Karpal Singh yang menjadi peguam belanya dalam kes itu, menggunakan kes tersebut sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi Dap.
Anuar mendakwa keadaan itu telah mengelirukan anggota PKR yang telah membiarkan diri mereka diperdagangkan oleh Anwar dan parti itu dikuasai pihak lain. — Bernama

SUMBER BERITA

Pendapatan penoreh getah setanding penjawat awam

17/01/2011 4:53pm

MACHANG 17 Jan. - Berikutan kenaikan harga getah yang mencecah RM15 sekilogram sekarang, matlamat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan 350,000 keluarga pekebun kecil di seluruh negara mencapai matlamatnya, kata Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Beliau berkata, ekoran kenaikan harga komoditi tersebut, kini purata pendapatan keluarga pekebun kecil getah melebihi RM2,000 sebulan melepasi pendapatan paras kemiskinan bawah RM750 sebulan.
Abdul Rahim menjangkakan pendapatan pekebun kecil akan meningkat sehingga RM3,000 sebulan dalam masa terdekat iaitu setanding dengan pendapatan sesetengah penjawat awam.
Bagaimanapun beliau mengingatkan pekebun kecil supaya tidak terlalu teruja dengan lonjakan harga getah yang penghasilan getah sentiasa berdepan dengan kemungkinan tidak menentu seperti keadaan cuaca yang berubah-ubah termasuk di musim tengkujuh.
Beliau juga berkata kenaikan harga getah menyebabkan Risda terpaksa menangguhkan dahulu projek tanaman semula kerana ia tidak ekonomik jika dilaksanakan sekarang.
“Ini disebabkan kita terpaksa mengambil masa sehingga empat tahun untuk kerja-kerja pemulihan tanaman semula yang ini sekali gus boleh menjejaskan pekebun sendiri,” kata Abdul Rahim. - Bernama

SUMBER BERITA

Monday, January 17, 2011

Peguam minta maaf secara terbuka berhubung isu azan

17/01/2011 9:56pm

KUALA LUMPUR, 17 Jan. - Seorang peguam Ng Kian Nam hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.
"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Sebelum sidang media itu, Raja Nong Chik mengadakan perbincangan tertutup dengan Kian Nam, Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah Ikram Mohd. Yusof dan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).
Dalam satu memorandum bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Kian Nam, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya. - Bernama

SUMBER BERITA

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam sungai

16/01/2011 4:57pm

JOHOR BAHRU 16 Jan. – Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam plastik dan terapung di sungai berhampiran Kampung Sungai Bakar Batu, Taman Perling, di sini hari ini.
Mayat bayi malang itu ditemui dua kanak-kanak Orang Asli yang ketika itu sedang mandi di sungai tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Bayi yang masih bertali pusat itu dibungkus dalam plastik sebelum dipercayai dihanyutkan ke dalam sungai berkenaan. – Utusan

SUMBER BERITA

Sunday, January 16, 2011

Interlok tidak rendahkan martabat sesiapa - MBM

16/01/2011 5:55pm

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Majlis Belia Malaysia (MBM) merumuskan bahawa novel Interlok hasil karya sasterawan Abdullah Hussein tidak mempunyai motif untuk menghina atau merendahkan martabat mana-mana individu atau kumpulan kaum dalam negara.
Perbincangan meja bulat MBM dari Perspektif Belia Malaysia mengenai novel berkenaan hari ini turut merumuskan bahawa ia merupakan satu karya yang jujur serta sarat dengan pengajaran untuk menjadikan pembaca lebih kritis dan menerima peristiwa-peristiwa sejarah yang mengiringi proses pembentukan negara.
Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee semasa menyampaikan resolusi meja bulat itu kepada pemberita di sini, turut merumuskan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan novel ini perlu diberi perhatian serius agar tidak terjadi sebarang kekeliruan tafsiran sehingga boleh menyinggung mana-mana pihak.
Panel meja bulat itu terdiri daripada pakar sastera Dr. Fatimah Busu, Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ambigapathy Pandian dan Presiden Persatuan Penulis Malaysia (Pena), Mohamad Saleeh Rahamad, dengan Mohamed Maliki bertindak sebagai pengerusinya.
Perbincangan meja bulat itu turut menyelar tindakan individu serta pemimpin politik yang dilihat semakin berani memainkan isu perkauman dan agama demi meraih sokongan serta pengaruh daripada rakyat.
Dr. Ambigapathy ketika ditemui pemberita pula berkata teks Interlok yang diajar dalam subjek Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk pelajar tingkatan lima perlu diajar oleh guru-guru yang berpengalaman serta memahami maksud sebenar konteks teks itu secara keseluruhannya.
"Sebagai seorang ahli akademik, saya berpendapat teks itu sangat bagus, tetapi bagaimana cara ia diintrepretasikan di dalam kelas adalah penting supaya maksud sebenar sampai dan ia tidak disalah erti oleh para pelajar,” katanya. - Bernama

SUMBER BERITA

30,000 tunggu masa dibawa masuk

KISAH Nirmala Bonat, pembantu rumah yang ‘diseterika’ majikannya pada 2004, kematian Mantik Hani dan penderitaan yang ditanggung oleh Siti Hajar Sadli adalah antara kisah duka akibat sikap segelintir majikan ‘kejam’ di negara ini. Kesan daripada apa yang berlaku, Kerajaan Indonesia mengambil keputusan menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah mereka ke Malaysia bermula pada Jun 2009.
Pembekuan itu hakikatnya bukan sahaja menyusahkan ramai rakyat negara ini yang memerlukan pembantu rumah tetapi juga golongan ‘pembantu rumah’ itu sendiri.
Dalam masa sama, di sebalik pelbagai isu yang sengaja dieksploitasikan oleh media negara jiran, ia tidak sedikit pun membantutkan niat puluhan ribu wanita republik itu untuk terus mencari rezeki di bumi bertuah ini.
Mereka bukan sahaja terdiri daripada yang telah mendaftar secara sah di agensi-agensi pekerjaan tetapi juga menunggu masa untuk menyelinap masuk secara haram melalui pelbagai cara.
Mengapa Malaysia tetap menjadi pilihan pekerja-pekerja wanita Indonesia ini walaupun lebih banyak kisah menakutkan dipaparkan di media massa mereka? Wartawan SITI MARIAM MD. ZAIN dan jurugambar, WAHIDAH ZAINAL cuba mengupas persoalan ini.

PEMBANTU rumah warga Indonesia di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 15 Jan. - Di sebalik pembekuan sementara kemasukan pembantu rumah Indonesia, kira-kira 30,000 wanita negara itu hanya menunggu masa untuk dibawa masuk ke negara ini bagi mengisi kekosongan pekerjaan tersebut.
Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Alwi Bavutty memberitahu, jumlah itu meningkat setiap hari memandangkan Malaysia adalah negara pilihan utama penduduk negara tersebut untuk mencari rezeki.
"Anggaran ini mungkin lebih berdasarkan sebelum arahan pembekuan sementara pengambilan pembantu rumah Indonesia dibuat, kita biasa membawa masuk kira-kira 10,000 orang setiap bulan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.
Pada Jun 2009, kerajaan Indonesia mengarahkan pembekuan sementara kemasukan pembantu rumah negara itu ke Malaysia.
Keputusan itu dibuat bagi menyemak kembali syarat-syarat pengambilannya bagi melindungi kepentingan pekerja dan majikan, berikutan kes-kes penderaan yang berlaku.
Ekoran itu, Jawatankuasa Kerja Bagi Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia dan Malaysia ditubuhkan.
Bagaimanapun sehingga kini, setelah beberapa kali perbincangan dijalankan, ia masih gagal menemukan kata putus.
Sedangkan dalam masa sama, permohonan untuk memasuki negara ini oleh rakyat negara itu dan keperluan pembantu rumah semakin mendesak.
Alwi berkata, masalah kekurangan pembantu rumah yang dihadapi oleh majikan di negara ini, perlu diselesaikan dengan kadar segera bagi mengelakkan masalah lain wujud.
"Kedua-dua negara harus segera menyelesaikan rundingan yang sehingga kini masih berjalan dan belum dimuktamadkan.
"Jika perlu pandangan Papa, kami sentiasa bersedia membantu. Mungkin dengan melibatkan agensi pekerja asing kedua-dua negara, perkara yang masih menjadi perdebatan dapat diselesaikan dengan lebih baik," katanya.
Dua isu utama yang belum mencapai kata putus ialah soal gaji dan struktur kos melibatkan bayaran yang perlu ditanggung oleh majikan.
Perkara-perkara yang telah dipersetujui pula ialah cuti sekali seminggu dan kebenaran menyimpan pasport oleh pembantu rumah.
Mengulas kelewatan rundingan ini, dakwa Alwi, ia berpunca daripada kerajaan Indonesia yang tidak mahu memberi komitmen sewajarnya.
"Pihak Indonesia tidak memberi komitmen mereka disebabkan dua isu yang tertangguh itu kurang menguntungkan mereka," kata beliau.

SUMBER BERITA

Saturday, January 15, 2011

Malaysia model negara membangun


MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan Hillary Rodham Clinton semasa mengunjunginya di Washington, semalam. Turut sama Dr. Jamaludin Jarjis (dua kiri), Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Husni Zai Yaacob (tiga kiri). - BERNAMA


WASHINGTON 15 Jan. - Amerika Syarikat (AS) yang kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara menyifatkan Malaysia sebagai model negara membangun yang patut dicontohi oleh negara-negara membangun lain.
Tiga perkara mengenai Malaysia yang menarik perhatian negara kuasa besar dunia itu ialah demokrasi hidup subur, kerajaan efektif serta pembangunan ekonomi yang pesat.
Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jabatan Negara AS di sini, hari ini (Jumaat).
Muhyiddin berkata, AS kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara itu kerana ada sesetengah negara membangun lain hanya mencapai satu atau dua daripada perkara itu sedangkan Malaysia memiliki ketiga-tiganya.
"Pada pertemuan itu Hillary berulang kali menyatakan dia kagum dengan apa yang sudah kita capai," katanya kepada wartawan Malaysia selepas melancarkan Program Latihan Khas Keusahawanan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (myBEST)
Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.
Timbalan Perdana Menteri berkata, AS merasakan penting untuk menyokong apa jua inisiatif yang dilaksanakan di Malaysia sama ada di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa kerana tiga pencapaian itu.
"AS menghargai peranan kita kerana ia dapat memenuhi aspirasi kita serta aspirasi mereka," katanya.
Mengenai lawatan kerjanya selama enam hari ke AS yang berakhir hari ini, Muhyiddin menyifatkan ia amat berhasil dalam mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara Malaysia dan AS.
Beliau berkata, ramai pemimpin tertinggi AS memberi sokongan terhadap usaha Malaysia menjalin hubungan lebih erat dengan AS itu dan ia merupakan satu petanda positif.
"Mereka bukan sahaja melihat kesungguhan Malaysia dalam konteks menjalinkan hubungan dengan AS tetapi juga kesediaan kita berkongsi banyak perkara yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
"Walaupun kita negara kecil, kita nampak mesej Perdana Menteri bagi menjalin hubungan dengan AS sudah sampai ke seluruh pentadbiran AS dan ini dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan negara," katanya.
Menurut Muhyiddin, Hillary turut memaklumkan mengenai perkembangan terbaru isu Palestin dan Afghanistan hasil lawatannya ke Asia Barat baru-baru ini.
Mengenai isu Palestin, Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia berharap AS dapat memainkan peranan dalam menyelesaikan segala masalah di negara tersebut.
Beliau berkata, Hillary juga menyatakan bahawa Palestin memohon agar Malaysia dapat membantu membangun dan memulihkan ekonomi mereka.
Mengenai penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPP), Muhyiddin berharap AS dapat menyokong usaha yang dilakukan negara bagi meningkatkan perdagangan dan berkongsi kekayaan di peringkat global.

SUMBER BERITA

Wednesday, January 12, 2011

Nelayan korban pertama demam denggi tahun ini

2011/01/12

KUALA LUMPUR: Seorang nelayan berusia 53 tahun dari Kuala Besut, Terengganu menjadi mangsa terbaru akibat dijangkiti demam denggi pada minggu pertama tahun 2011.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan berkata mangsa yang mengalami demam, sakit kepala dan badan pada 27 Dis lepas mendapat rawatan di klinik terdekat tiga hari kemudian.

"Pada 31 Dis, pesakit dimasukkan ke Hospital Besut dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah keesokannya kerana mengalami komplikasi pendarahan. "Keadaannya bertambah tenat sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 3 Jan dan meninggal dunia keesokannya kerana ''Dengue Shock Syndrome'',"
katanya.

Beliau berkata pemeriksaan di kawasan kediaman mangsa mendapati ia merupakan lokasi wabak berikutan anak mangsa yang berusia 13 tahun turut dimasukkan ke hospital akibat demam denggi.

Dr Mohd Ismail berkata, pemeriksaan yang dijalankan turut menemui tempat pembiakan Aedes di dua daripada 48 rumah, iaitu pada sinki terpakai dan bekas botol minyak.

"Kedua-dua pemilik premis ini telah dikenakan kompaun maksimum RM500 dan semburan kabus telah dijalankan terhadap kesemua 48 premis kediaman terbabit, serta penduduk mengadakan gotong-royong pada Sabtu lepas," katanya.
Sementara itu, beliau berkata jumlah demam denggi meningkat sebanyak 34 kes atau tujuh peratus berbanding 487 kes pada minggu sebelumnya, dan terdapat sepuluh negeri menunjukkan peningkatan pada minggu lalu.

Sementara itu, bilangan kes di Sarawak meningkat sebanyak 17, Melaka (11), Kelantan dan Pahang (tujuh), Kedah (enam), Pulau Pinang (lima), Terengganu (empat), Negeri Sembilan (dua) serta masing-masing satu kes di Perlis dan Labuan.

Beliau berkata sejumlah 107 lokaliti wabak dipantau di seluruh negara dan daripada jumlah itu, lima lokaliti kawasan panas dikenal pasti minggu lepas membabitkan 61 kes demam denggi.

"Tiga atau 60 peratus daripada lima lokaliti kawasan panas ini masih mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi, iaitu di Kampung Melayu Batu 16, Rawang, Selangor; Kampung Baru Sungai Terentang, Selangor dan Taman Miharja, Cheras, Selangor," katanya.

Beliau berkata, hanya satu atau 20 peratus daripada lima lokaliti kawasan panas itu didapati menjalankan aktiviti gotong-royong dan ia perlu ditingkatkan di negeri yang mengalami banjir iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Bagi Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata, situasi penyakit itu diharap akan terus berkurangan pada tahun ini berikutan tiada kes dilaporkan sejak tiga minggu lepas, termasuk minggu pertama.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian melaksanakan beberapa inisiatif baru dengan tumpuan utama di kawasan Lembah Klang, termasuk memasang iklan pencegahan pada 30 bas, membina 50 unit papan iklan di sekolah dalam kawasan panas dan memperkenalkan perkhidmatan lori bergerak ke kawasan itu bagi aktiviti penyampaian maklumat kepada komuniti.

Katanya, langkah pencegahan melalui penghapusan tempat pembiakan Aedes dengan meluangkan masa 10 minit seminggu, mampu mengurangkan jangkitan dan kematian akibat demam denggi. - BERNAMA

SUMBER BERITA

Tidak rasional guna gari: MCPF

2011/01/12

KUALA LUMPUR: Penggunaan gari oleh pasukan keselamatan termasuk polis bantuan terhadap individu yang tidak melakukan provokasi fizikal adalah tidak rasional dan relevan.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sebaliknya jika individu itu bertindak ganas, mempunyai senjata atau menyerang pihak berkuasa, gari boleh digunakan sebagai langkah pencegahan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ditumbuk dan digari oleh anggota polis bantuan berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) tiga hari lalu.
Dalam kejadian itu, Hairul Nizam Baharin, 37, mendakwa beliau diperlakukan sedemikian oleh sekumpulan lelaki yang memakai ves polis bantuan selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal itu pada pukul 11.30 pagi.

Ketika hendak beredar dari tempat itu, polis bantuan terbabit meminta beliau memberhentikan motosikal namun Hairul Nizam enggan berbuat demikian kerana tidak tahu tujuan mereka.

Lee berkata, tindakan polis bantuan terbabit menumbuk jurugambar itu juga disifatkan sebagai keterlaluan dan melampau serta boleh mencemarkan imej pasukan polis bantuan khususnya.

"Tiada rasionalnya guna gari jika individu itu tidak melakukan satu tindakan yang disifatkan ganas kecuali jika benar dia bertindak menyerang atau mencederakan, maka penggunaan gari itu dilihat bersesuaian.
"Malah saya amat dukacita apabila wujud unsur kekerasan dalam insiden ini di mana ia boleh disifatkan sebagai salah guna kuasa oleh polis bantuan dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, insiden seperti itu tidak seharusnya berlaku sama ada melibatkan pemberita atau orang awam yang lain dan ia seharusnya dijadikan pengajaran oleh pasukan polis bantuan agar imej mereka tidak tercalar.
Jika didapati bersalah, anggota terbabit harus dikenakan tindakan disiplin yang setimpal, katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, gari boleh digunakan dalam tujuan untuk mengelak dari kemungkinan orang yang ditahan melarikan diri tetapi tidak seharusnya diguna dengan sewenang-wenangnya.

"Kegunaan gari adalah untuk menentukan orang tahanan selamat ditahan dan diguna apabila perlu sahaja. Dalam insiden itu, barangkali anggota terbabit berasakan mereka perlu menggunakan gari.

"Bagaimanapun anggota bertugas harus menimbangkan segala keadaan termasuk kategori individu berkenaan, sikap dan kesalahan orang yang ditahan sebelum membuat keputusan menggunakan gari," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis bantuan mempunyai kuasa yang hampir sama dan setaraf dengan kuasa polis biasa termasuk boleh menahan mana-mana individu yang disyaki, cuma kuasa mereka terhad dalam tempat kawalan mereka.

Mereka juga dilarang menggunakan sebarang bentuk kekerasan sama seperti anggota polis biasa, oleh itu mereka turut boleh diheret ke mahkamah jika didapati bersalah menyalahgunakan kuasa, katanya. - BERNAMA

SUMBER BERITA

Tuesday, January 11, 2011

Pelajar tunggu SPM hutang along RM100,000 Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman uminadirah@bharian.com.my

2011/01/12

JOHOR BAHRU: Akibat ketagihan judi melalui internet, seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menanggung hutang kira-kira RM100,000 kepada along dan dihalau dari rumah oleh ibunya.

Remaja berkenaan bermain judi lumba kuda dan lumba anjing menerusi internet sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan yang meraih kemenangan menerusi permainan itu.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata pada peringkat awal, ibunya menyangka remaja itu mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan, tetapi dia sebenarnya menghabiskan masa seharian di depan komputer untuk bermain judi.
Bagaimanapun, katanya, perubahan sikap remaja terbabit, termasuk tidak mengendahkan makan dan minum, menimbulkan keraguan ibunya sehingga dia sendiri mengaku pembabitannya dengan judi serta hutang yang ditanggung.

“Ia mengecewakan ibunya dan menghalau remaja itu dari rumah mereka di sini dan membuat aduan kepada Biro Aduan Awam MCA. Ibunya memberitahu akibat kejadian itu, dia turut diugut along yang mengunjung premis niaganya sambil memberi amaran supaya anaknya melunaskan hutang,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Tabiat ketagihan judi itu adalah antara 19 aduan diterima biro berkenaan mengenai gejala judi internet sejak November tahun lalu sehingga awal bulan ini yang menular di kalangan pelajar dan remaja berusia awal 20-an, termasuk mereka yang sedang menunggu keputusan peperiksaan.

Selain itu, katanya, seorang kontraktor syarikat pasir bergelar Datuk hidup ketakutan akibat diugut along selepas terjebak dengan judi menerusi internet yang diperkenalkan rakannya sehingga berhutang RM700,000.
Tay berkata, pihaknya mendapati permainan judi internet mempunyai pasaran luas hingga ke Hong Kong dan Macau dengan menyasarkan individu daripada keluarga kaya kerana mereka yang ingin menyertainya disiasat latar belakang masing-masing oleh ejen perjudian.

Katanya, selepas disahkan layak menyertai perjudian, mereka dibekalkan kata laluan oleh ejen atau wakil permainan yang dilantik sebelum dicaj menerusi kad kredit sejurus mula berjudi menerusi laman web yang ditetapkan.

“Selalunya apabila mula berjudi, mangsa terperangkap dan susah berhenti jika menang. Apabila menang, mereka perlu menghubungi ejen terbabit untuk mendapatkan wang, namun jika kalah, mereka akan dituntut membayar secepat mungkin.

“Justeru, saya menasihatkan ibu bapa memantau anak mereka supaya tidak terjebak dalam permainan berkenaan yang bukan saja merugikan masa dan wang, malah membahayakan keselamatan diri dan ahli keluarga apabila menjadi buruan along,” katanya.

Monday, January 10, 2011

Tiga lelaki dituduh culik, rogol remaja 16 tahun

2011/01/10

KUALA TERENGGANU: Tiga lelaki termasuk dua adik beradik tiri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menculik dan merogol seorang remaja perempuan pada Disember tahun lalu.

Mohd Sabri Rosli, adik tirinya, Wan Hafiz Wan Omar, dan Norizal Mamat mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamaruddin.
Mohd Sabri, 27, Norizal, 28, dan Wan Hafiz, 21, dituduh secara bersama melarikan remaja perempuan berumur 16 tahun berkenaan dari sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payung Marang pada kira-kira 4 pagi, 27 Disember tahun lalu.
Mereka juga dituduh secara berasingan merogol remaja perempuan itu di sebuah rumah bernombor 1908-A, Kampung Gelong Gajah, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu antara kira-kira 5.40 pagi hingga 6.40 pagi pada hari yang sama.

Bagi pertuduhan menculik, mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda dan pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu Wan Hafiz turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu meliwat remaja itu mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Hakim menetapkan 10 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazliah Mahmud manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

SUMBER BERITA

Najib bidas pelan 100 hari pakatan pembangkang

2011/01/10

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri berkata, selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.
"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.
"Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini.

Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) Ke-13.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan FELDA Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA.

Sambil mengingatkan rakyat mengenai bidalan Melayu lama "jangan kerana menang sorak, kampung tergadai", Najib percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, mereka boleh membuat penilaian sendiri.
"Saya selalu berpegang kepada ungkapan, jika ianya begitu baik, sudah pasti ia tidak benar. Jadi, jika kita percaya sesuatu yang begitu baik sekali, tetapi tidak berpegang atau berpijak pada bumi yang nyata, bahawa kita menipu diri kita sendiri dan jika kita percaya ia adalah kesilapan kita sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, ia ibarat individu yang mengidamkan kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu berdasarkan kemampuan sendiri.

Katanya, beliau hairan dan berasa aneh kerana segala langkah yang dibentangkan dalam pelan tersebut yang bersifat populis itu tidak disebut langsung dari segi punca kewangannya.

"Jadi, kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan dan ditunaikan," katanya.

Sehubungan itu, Najib berkata beliau mahu penjawat awam mempertingkatkan momentum pada tahun ini untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama negara.

Katanya, ini kerana apa yang telah dibentangkan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan adalah kerajaan yang bertanggungjawab, iaitu tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, yang bertentangan dengan pelan 100 hari pakatan pembangkang.

Katanya, beliau juga mahu tahun ini dapat mengulangi kejayaan tahun lalu, iaitu berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia dan berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Model Baru Ekonomi dengan lapan strategik, pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan bajet 2011.

Katanya, penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam adalah kumpulan yang sangat penting untuk menentukan segala yang telah dirancang dan dibentangkan sebagai agenda dan dasar utama negara agar dapat dilaksanakan dan kesannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dan rakyat keseluruhannya.

"Sebagai penjawat awam, saya berharap segala yang perlu dilaksanakan, setelah semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi, dilaksanakan secepat mungkin, jika kita hendak negara terus maju dan mencapai kejayaan, agar segalanya dapat dirasai dampaknya dan hasilnya kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

SUMBER  BERITA

Rosmah terima kunjungan Menteri Pelajaran Arab Saudi

2011/01/10

  
RIYADH: Menteri Pelajaran Arab Saudi, Putera Faisal Bin Abdullah Bin Mohamad Al-Saud, hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Royal Suite, Intercontinental Hotel di sini.
Putera Faisal dan Rosmah yang mempengerusikan jawatankuasa kerja dasar Permata Negara, berbincang kira-kira 30 minit mengenai kepentingan pendidikan awal dan pembangunan modal insan bagi kedua-dua negara.
Putera Faisal diiringi oleh timbalannya, Nora Bint Abdullah Al-Fayez.

Nora adalah menteri wanita pertama Arab Saudi dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dengan tugas-tugas khas bagi pendidikan wanita.

Rosmah kini melakukan lawatan tiga hari ke Arab Saudi yang bermula 8 Januari.

Delegasi beliau termasuk dua Naib Canselor wanita, iaitu Professor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Professor Datuk Dr Aminah Ayob dari Universiti Pendidikan Sultan Idris selain 10 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).
Semalam, Rosmah melawat Princess Noura Bint Abdul Rahman University (PNU), sebuah daripada enam universiti untuk wanita di Riyadh.

Ketibaan beliau disambut oleh Rektor PNU, Puteri Dr Aljohara Bint Fahad Al-Saud.

Universiti berkenaan, yang pada masa ini beroperasi di sebuah bangunan sementara, akan menjadi universiti bagi wanita yang terbesar di dunia apabila pembinaannya siap pada suku pertama tahun depan. - BERNAMA

SUMBER

Thursday, January 6, 2011

Kaji semula novel Interlok: TPM




2011/01/07

Unsur sensitif dalam teks KOMSAS perlu diteliti elak jejas keharmonian kaum



RAUB: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran mengkaji semula penggunaan novel Interlok sebagai buku teks dalam Komponan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) Tingkatan Lima sekolah menengah mulai tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutama membabitkan keharmonian kaum di negara ini.
“Tan Sri Muhyiddin (Menteri Pelajaran) berharap kajian itu akan merumuskan satu keputusan yang baik bagi memuaskan semua pihak,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Raub di sini, semalam.
Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan bantahan kepada kerajaan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.

Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, mendakwa buku teks sastera Tingkatan Lima itu sudah ditarik balik kerana dikatakan mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.

Puad berharap agar semua pihak tidak mempolitikkan isu novel itu kerana niat kerajaan adalah untuk menambahkan pengetahuan di kalangan pelajar dan rakyat negara ini.

“Sepatutnya tidak timbul masalah itu kerana novel yang tulis Abdullah Hussain itu berdasar kepada apa yang berlaku pada masa lampau.
“Sebarang keputusan menentukan sama ada novel komponen sastera itu akan digunakan atau tidak akan diketahui dalam masa terdekat nanti,” katanya.– BERNAMA

sumber : Berita harian online

Wednesday, January 5, 2011

NGO desak Khalid letak jawatan MB

NGO desak Khalid letak jawatan MB


2011/01/05

SHAH ALAM: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meletak jawatan berikutan tindakannya yang didakwa mencabar kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, berkata tindakan Abdul Khalid bersama beberapa barisan Exco kerajaan negeri yang berterusan mempolemikkan isu pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor telah mengundang rasa tidak puas hati rakyat hingga menyebabkan mereka kini hilang keyakinan terhadap kepimpinan menteri besar itu.
"Dan dengan itu kami mendesak Tan Sri Khalid meletakkan jawatan dengan kadar segera," katanya ketika berucap selepas mengadakan perhimpunan aman menyerahkan memorandum bantahan terhadap Menteri Besar yang diterima oleh Setiausaha Eksekutif Pejabat Menteri Besar, Dr Razali Bolhi, di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.
Perhimpunan aman yang bermula dari Dataran Shah Alam itu turut disertai Pertubuhan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) yang diketuai Presidennya Datuk Ibrahim Ali, wakil pemimpin MCA dan MIC serta lebih 700 rakyat Selangor daripada pelbagai kaum.

Kontroversi pelantikan SUK baru itu tercetus apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menolak pelantikan Mohamad Khusrin seterusnya tidak membenarkan beliau mengangkat sumpah menyimpan rahsia bagi memulakan tugasnya secara rasmi sejak mengambil alih jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Hamidzun berkata, pihaknya bersama NGO lain dan rakyat Selangor yang cintakan keadilan akan terus mengadakan perhimpunan dan bantahan sehingga desakan supaya Abdul Khalid meletak jawatan berjaya.

"Semua pihak menyedari dalam sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan yang dimalkan di negara ini telah memberikan kuasa kepada baginda untuk memperkenan mana-mana pelantikan tiga jawatan penting pentadbiran negeri iaitu SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri," katanya.
Antara lain memorandum itu turut mendesak Menteri Besar bersama barisan Exco yang menyokong beliau agar berhenti mempolemik dan mempolitikkan pelantikan Mohamad Khusrin serta meminta Abdul Khalid bersikap profesional dengan melayan semua kakitangan awam Selangor dengan baik.

"Semua kakitangan awam adalah tulang belakang utama kepada kemajuan, keamanan dan kesejahteraan negeri Selangor,"katanya.

Terdahulu, Ibrahim, ketika berucap di hadapan ratusan rakyat di Dataran Shah Alam, berkata tindakan Perkasa menyertai perarakan itu tidak berpaksikan kepentingan politik sebaliknya atas dasar menjunjung prinsip kedaulatan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor serta Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi ia membabitkan kedudukan Raja Melayu.

Katanya, apa yang dilakukan Sultan Selangor adalah tidak bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor serta mengikut peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi, rakyat kena faham, jangan emosi dan jangan membantah atas tanggungjawab politik. Sebaliknya bertindaklah atas lunas undang-undang," katanya.

Perhimpunan aman yang bermula 3 petang dan diawasi anggota polis itu berakhir kira-kira sejam kemudian. - BERNAMA

sumber : berita harian online

Tuesday, January 4, 2011

Harga petrol RON 97 naik 10 sen seliter


2011/01/04

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON 97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter kepada RM2.40 dan RM2.50 seliter mulai tengah malam ini, menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia. - BERNAMA

sumber : BERITA HARIAN ONLINE

Berita Terkini

berita-berita terkini akan dipaparkan di blog ini