2011/01/07
Unsur sensitif dalam teks KOMSAS perlu diteliti elak jejas keharmonian kaumRAUB: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran mengkaji semula penggunaan novel Interlok sebagai buku teks dalam Komponan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) Tingkatan Lima sekolah menengah mulai tahun ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutama membabitkan keharmonian kaum di negara ini.
Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, mendakwa buku teks sastera Tingkatan Lima itu sudah ditarik balik kerana dikatakan mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.
Puad berharap agar semua pihak tidak mempolitikkan isu novel itu kerana niat kerajaan adalah untuk menambahkan pengetahuan di kalangan pelajar dan rakyat negara ini.
“Sepatutnya tidak timbul masalah itu kerana novel yang tulis Abdullah Hussain itu berdasar kepada apa yang berlaku pada masa lampau.
“Sebarang keputusan menentukan sama ada novel komponen sastera itu akan digunakan atau tidak akan diketahui dalam masa terdekat nanti,” katanya.– BERNAMA
sumber : Berita harian online
No comments:
Post a Comment